Allah S.W.T berfirman dalam Surah Al-Ghaafir ayat 60 yang tafsirannya:
"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."

Maksudnya :
Ya Allah, Engkaulah Rabbku,tiada tuhan yang layak disembah melainkan Engkau.
Engkau telah menciptakan aku dan hamba-Mu. Dan aku tetap berpegang pada janji dan taat setia terhadap-Mu dengan segala keampunanku.
Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui segala nikmat-mu kepadaku dan aku mengakui dosa yang aku lakukan.Maka ampunilah dosaku.Sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau (Riwayat al Bukhari)Pesanan :
Hadis ini daripada Syaddad bin Aus r.a bahawa Rasulluah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Penghulu doa keampunan (istighfar) ialah megucapkan..(sebagaimana di atas)
Sesiapa yang mengucapkan pada waktu siang dengan penuh keyakinan lalu dia mati pada hari itu sebelum petang(malam), maka dia akan dimasukkan ke syurga. Dan sesiapa mengucapkannya waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia meninggal dunia sebelum pagi, maka dia termasuk dalam kalangan ahli syurga. "
Keistimewaan " penghulu istigfar"
1.Lebih utama berbanding istigfar yang lain
2.Mengandungi perjanjian untuk taat setia dan tunduk kepada Allah
3.Mohon perlindungan daripada kejahatan diri
4.Ungkapan penyesalan atas segala dosa
5.Balasan agung bagi mereka yang mengucapkannya.
p/s : Doa ini juga terkandung didalam al-Mathurat kerana fadhilat membacanya amatlah besar.