Hikmah Tidur Mengiring ke kanan


“Apabila kamu mahu tidur ambil wuduk dulu seperti kamu mahu sembahyang, kemudian baringlah di sebelah kanan.” [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]
Antara hadith yang dipetik daripada Riyadh as soleheen :
Al Bara' ibn 'Azib berkata, "Apabila Rasulluah S.A.W hendak tidur, dia akan berbaring di sebelah kanannya "[Al-Bukhari]
Ya'ish Ibn al-Ghifari berkata, "Bapaku berkata, 'Ketika aku sedang berbaring meniarap di masjid, seorang lelaki mendekati ke arahku dan berkata," Ini adalah posisi yang Allah benci."
'"Beliau berkata, "aku menoleh ke atas dan melihat lelaki itu adalah Rasulluah S.A.W."[Abu Dawud]
Ibn Qaiyim pula ada memperihalkan:
"Nabi SAW tidak tidur dalam kekenyangan. Beliau berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur."(At-Thib An-Nabawi oleh Ibn Qaiyim hal. 297)
Sepertimana kita ketahui sunnah nabi adalah sunnah yang paling baik untuk kita amal dan praktikkan dalam  kehidupan seharian kerana sudah pasti ada hikmah disebaliknya.Antara beberapa hikmanya adalah : 

1. ianya sama dengan kedudukan mayat di dalam kubur.
-mengajak supaya kita sering ingatkan mati.

2. Mengurangkan tekanan jantung.

-Rujuk pada gambar sebelah kiri, jantung manusia mengandungi 4 bahagian, dan bahagian bertindak sebagai "main pump" iaitu bertindak mengepam darah ke seluruh badan adalah pump disebelah kiri ventricle(left ventricle). Oleh sebab itu, disunahkan untuk kita tidur mengiring ke kanan dan elakkan daripada tidur mengiring ke kiri.

3. Melancarkan proses penghadaman
-Eksperimen yang telah dilakukan oleh Galteh dan Butseh mendapati bahawa makanan yang masuk dari perut ke usus manusia mengambil masa daripada 2 jam hingga 4 jam sekiranya seseorang itu mengiring badan ke kanan,  manakala 5 jam sehingga 8 jam sekiranya seseorang itu tidur mengiring ke kiri. Dengan itu, penghadaman anda akan lebih cepat tercerna sekaligus meningkatkan kesihatan tubuh anda.

Wallahualam.

Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

bringinfinity

Copyright © 2012 bringInfinity.blogspot.com.All rights reserved.Powered by Blogger.

Home I About I Contact Us